Isnin, 21 September 2020

PENERANGAN RUKUN NEGARA


RUKUN NEGARA




PENGENALAN :


TERDAPAT 5 PRINSIP RUKUN NEGARA :




 1 ). KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN : 

Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan.Melalui kepercayaan beragama yang betul akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.


 Gambar diatas menunjukkan Kaum Melayu sedang bersembahyang, yang berpegang kepada Agama Islam dan percaya kepada kewujudan ALLAH S.W.T dan Nabi Muhammad s.a.w.




Gambar diatas menunjukkan Kaum Cina, mereka percaya kepada Tuhan Kwang Kung, Tuhan Kwang Yim dan Tuhan Julaihut.








Gambar diatas menunjukkan kaum Inida sedang bersembahyang, mereka berpegang kepada agama Hindu dan percaya dengan kewujudan Tuhan Vinayagar, Tuhan Sivan, Tuhan Krishna dan banyak lagi Tuhan yang mereka percayai.



2). KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA :

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Padukan Baginda Yang di - Pertuan Agong sebagai Ketua Negera. Selaras dengan kedudukan Yang di - Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang di - Pertua Negeri bagi negeri - negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja - Raja dan Yang Di - Pertua Negeri adalah lambang perpaduan rakyat Kesetiaan kepada Raja dan Negara menunjukkan bahawa setiap warganegara menggunakan menumpukan sepenuh taat setia, jujur ​​dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di - Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat di kehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa memerlukan taat setia kepada Yang di - Pertuan Agong.


Cara untuk menunjukkan kesetiaan kepada raja dan negara ialah dengan :

  1. Sentiasa mengambil berat tentang pentadbiran dan pembangunan negara.
  2. Berdiri tegak dan menyayikan lagu Negaraku dengan penuh semangat.
  3. Mengelakkan diri daripada terjebak daripada aktiviti yang mencemarkan nama baik negara seperti menghisap dadah dan sebagainya.
  4. Menhormati dan menjanjung tinggi golongan pemerintah dan pemimpin negara.
  5. Menyambut ketibaan pemimpin dengan sopan dan meriah.





3). KELUHURAN PERLEMBAGAAN :

Keluhuran perlembagaan menekankan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara iaitu sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.









Contohnya : 
  1. Setiap rakyat yang setia perlu memahami dan menghormati isi kandungan, semangat serta latar belakang sejarah Perlembagaan Malaysia.
  2. Latar belakang sejarah sangat penting kerana ia memberikan segala penghuraian dan perincian mengenai aspek - aspek yang berkaitan kedudukan raja - raja melayu, kedudukan Islam, kedudukan istimewa orang - orang melayu dan sebagainya.
  3. Kita juga boleh meninggikan persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat.




4). KEDAULATAN UNDANG-UNDANG :

Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang - undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang - undang negara. Kebebasan asasi terjamin untuk semua warganegara Malaysia. Undang - undang negara berdasarkan kepada Perlembagaan. Oleh itu, kedaulatan yang diperlukan dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu, undang-undang - undang-undang negara penyimpanan kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk peraturan dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggarkan undang-undang - undang-undang serta perkara - perkara yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak - hak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidak termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara - cara yang tidak menurut Perlembagaan.


Terdapat beberapa contoh iaitu :

  1. Kita mesti menghormati kedaulatan undang-undang kerana dengan itu kesepakatan dan juga keamanan akan dapat terpelihara.
  2. Undang- undang akan dibuat oleh kerajaan secara adil tanpa mengira status kedudukan seseorang.
  3. Hak kebebasan individu dijamin oleh undang-undang.
    




Gambar diatas ialah contoh tempat undang- undang dilaksanakan dan suasana tempat tersebut.


5). KESOPANAN DAN KESUSILAAN :

Prinsip ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuan untuk membentuk warganegara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat seseorang yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan satu sama lain dalam masyarakat yang pelbagai kaum di Malaysia. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisipln serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua - dua kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perlaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai - nilai murni.


Contohnya: 
  1. Dapat membentuk warga negara yang bersopan santun.
  2. Dapat menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni, penyayang dan saling menghormati.
  3. Dapat menlahirkan masyarakat yang bermoral tinggi, menghormati orang lain dan menghidarkan diri daripada membangkitkan persoalan - persoalan yang sensitif.








KESIMPULAN :

    Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara termasuklah Malaysia. Ia penting kerana tanpa perpaduan,sesebuah negara itu akan menjadi lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar mahupun dalam negara itu sendiri.

   Kesimpulan, Rukun Negara harus dilihat sebagai ‘internal cohesion’ atau kuasa dalaman yang dapat mengikat perpaduan dan semangat patriotisme di kalangan rakyat. Objektif dan prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara itu masih releven untuk membentuk jati diri dan keperibadian rakyat. Apa yang perlu ialah penghayatan terhadap Rukun Negara mesti disemarakkan kembali melalui gagasan 

1Malaysia sebagaimana yang disarankan oleh kerajaan.




NAMA AHLI KUMPULAN ( TAJUK 1- MPU21032 )

  1. HAZRUL HAZIQ BIN ZAMZAM  ( 14DAT20F1026 )
  2. MUHAMMAD ANIFF ALIM BIN HARIS  ( 14DAT20F1028 )
  3. MUHAMMAD AIMAN DANIEL BIN ZAIDI  ( 14DAT20F1049 )
  4. ALIA SYAHIRAH ZULKEFLI  ( 14DAT20F1032 )


NAMA PENSYARAH :

  • ENCIK MOHD FAIZAL BIN MAT PESA


PENERANGAN RUKUN NEGARA

RUKUN NEGARA PENGENALAN : Rukun Negara  adalah ideologi kebangsaan  Malaysia . Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh  Majlis Gerakan Nega...